My Family

My Family

Friday, September 14, 2012

Prepare Jamuan Raya Utk Esok

Persiapan utk jamuan raya esok arap2 berjalan lancar...esok planing nk wat "LAKSA SARAWAK" , "BIHUN SUP" , KETUPAT PALAS @ PULUT KUNING...bagi sapa2 nk try wat laksa sarawak amik la resepi kite nie :-

LAKSA SARAWAK


Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
  • 2 bungkus Bihun
  • 500gram udang basah
  • 3 ketul dada ayam
  • 500ml santan pekat (1 tin santan cream)
  • 8 biji telur ayam
  • 1 kiub pati ayam maggi

  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula & msg secukup rasa
  • BAHAN TAMBAHAN
  • 500gram tauge
  • Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
  • Limau kasturi @ lemon
  • SAMBAL BELACAN
  • 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
  • Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
  • Sedikit air perahan limau@lemon


  • Garam & gula

Cara-cara
Dscn1326

  1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
  2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
  3.  Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
  4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
  5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
  6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
  7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
  8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon
  9. Ambil sedikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
SELAMAT MENCUBA ;)

No comments:

Post a Comment